13 Jul 2011

"kamu tak payah nak cari yang kaya kamu sendiri yang kena jadi kaya"

 Besstttttt juga kan dengan ayat ni "kamu tak payah nak cari yang kaya kamu sendiri yang kena jadi kaya" huhu Dengar bunyi nya sikit pun i tak kisah. Dipendekkan cerita,... al-kisahnya adalah seorang mahluk Tuhan tu yang sungguh Angkuh dengan apa yang dia ada dan selalu memandang rendah dengan kelebihan insan lain,..!! Gelak memanjang bagi nak pengsan bila hubby bagi tau sebab kenapa dia benci sangat dengan aku yang langsung tak Pernah pun mau ambil tahu pasal kehidupan dia disana, huhu makan hati lah jawabnya klu kau mau be'dendam dengan spesis2 yang tak mau fikir banyak seperti aku ni. Istilah Aku Senang, Kau kau ... Aku aku, Cukup!!! ya terlupa .. sebahagian Alasan tu konon2 nya dia takut aku nak kebas dan kikis harta Suami dia, .. eh salah lgi Suami dia Suami aku la juga ... kah3x ...

Hahaha, Plesssss la silap besar ko Joe, .. kau tu yang buta mata dan buta hati sebenarnya. Masa hubby bagi tau pasal Alasan tu sperti ada malaikat yang lalu dekat kami 2 3 saat tiada terkeluar sebarang suara, aku jeling hubby, hubby juga jeling aku bila mata kami bertemu ... ha'aaaaa gamat suara terhambur dek hilai ketawa. Apa lagi aku Mula tebahak-bahak sinis dengan memanggil hubby datuk, bukan Datuk K tapi Datuk B.



Sebenar dalam hal ni SIAPA yang kikis SIAPA??? setiap kali berjauhan dengan hubby masa tu rasa seksa sangat, membilang hari bila tau hubby nak balik Tuhan jer yang tahu Betapa bahagia dan gembira nya hati, ... aku Menanti dengan debaran dan kerinduan tapi kau yang disana menunggu kepulangan nya dengan agenda dan keperluan ko sendiri, RINDU dengan HP baru, sofa baru, dapur gas baru, Langsir baru, .. Tv baru plus3x .... Wei,..siapa yang gila harta sebenar nya ni ??? Jangan nak mengata orang tapi terkena diri sendiri, kan MALU !! Lantak la apa yang kau nak kata pasal aku sikit pun aku tak beserabut .. coz smmg nya aku dah lulus step untuk dijadikan Kekasih dan istri org. ~ Perkara apa aku cakap lulus UJIAN, masa mula-mula becinta lagi aku tak Pernah pun mau berkira dengan hubby, ialah kita kan manusia biasa ada pasang surutnya ...time hubby perlu aku serah ATM Kad aku bulat2 siap no pin nya sekali,.. tak kira la waktu dia mau pegi keluar daerah. Walaupun aku kenal hubby semenjak dari bangku sekolah juga dia adalah mamat sekampung ku tapi ikhlas aku sangat sayang dan cintakan dia sepenuh hati .. sikit pun tak pernah terlintas ada niat serong ke atas dia. Nak tahu Perhubungan kami bertambah rapat dan serius semenjak kita orang jadi Partner Share untuk bisnes cuci kereta, Hubby labur 10k begitu juga dengan aku 10k ..

"kamu tak payah nak cari yang kaya. kamu sendiri yang kena jadi kaya" !!Aku ni bukan nak belagak nak kata aku kaya sangat tapi dengan apa yang aku ada Kereta , Hp , Barang Kemas dan sbagainya semua tu aku ada dengan hasil titik peluh sendiri sebelum aku begelar istri pada hubby. kereta yang sedia ada ni pun aku dah guna 2 tahun sebelum aku kenal hubby lagi. siapa yang tak sayang suami cik akak oi... rasa-rasanya selama aku menjadi istri orang belum pernah lagi aku bagi tekanan atau buat otak hubby naik serabut. Harta benda yang ada dekat rumah ni pun kalau aku nak sangat beli aku rela keluarkan duit simpanan aku sendiri ,...TPI KAU, jangan harap mimpilah ??? al-hamdullilah nampak nya hubby semakin peka atau mula nak start compare antara aku dan disana,.. sperti halnya kalau disana hajat nak beli tv mesti hubby tanya SAYANG KO PULA MAU APA ??? Haaa,.. dalam hati ini peluang tuk aku rebut hati hubby biar dia tahu siapa yang lebih Sayang dia Sebenar-benarnya. Aku hanya menggeleng kepala lalu berkata" tiada la sayang, benda yg aku paling mau dalam hidup ni C HASBULLAH anak cikgu IDRIS" terus suami peluk aku erat2 dengan penuh kasih sayang. kita ni kalau dah hidup poligami masing-masing lah dengan taktik cara sendiri untuk meraih perhatian dan cinta suami.,... bukan nak demand memanjang dengan suami.. betul tak ?? Aku berJanji tuk diri sendiri semangat aku makin bekobar2 tuk menjadi istri idaman dan pujaan hati ,.. aku akan lakukan sehabis baik apa saja tuk kearah tu, biarlah dengan yang disana kau ambil la semua hak mu kau cinta la DOMPET SUAMI mu... haaaaa,...lagi aku suka makin menjadi la compare dia selepas ni.. hahaha bukan dalam parlimen je yang ada politik kotor dalam rumah-tangga pun ada tau , hehehe.

Hal lagi yang buat aku sedih dan ketawa dia mula tunjuk ego dan desak hubby untuk memilih antara satu.. huhu bukan takabur tapi dengan gaya cara aku yang layan dia sebiji macam Tuanku Sultan sampai kiamat pun di takkan lepas aku punya,.. ingat aku masa mula aku hilang dan larikan diri pergi rumah mak aku di kampung HP aku off, Fb dia aku remove dari my fren list segala alamat aku dekat kampung pun aku tak bagi.... namun berkat kesabaran dan ketulasan aku pada dia 2 minggu selepas aku tinggalkan dia... dengan beraninya dia datang seorang diri melamar aku menjadi isteri dia yang sah di depan kedua orang tua dan adik-beradik aku... Masa tu aku hanya mampu bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH kerna dia kami ditemukan dan kerna IZINNYA jua kami disatukan. Melihat kesungguhan hubby hingga mencari dan menjejak aku di kampung meninggalkan banyak kekesalan kenapa tergamak aku buat dia mcm tu ?? selepas sah aku menjadi istri aku menangis di pangkuan hubby lalu minta maaf sesangat kerna meragui keiklasan nya. 

Nak sangat orang disana tu melihat aku di tinggal kan dan dicerai oleh hubby ,.. pada aku mudah jer perempuan memang tak ada hak langsung nak kasih jatuh talak... semua tu kerja lelaki.. Mental aku sememangnya kuat semua risiko aku berani tanggung, apa nak takut ,.. sebelum ni pun aku masih boleh hidup survive tanpa lelaki... tak juga riak kalau aku cakap dengan simpanan dan aset yang aku ada 2 3 tahun aku goyang kaki tak bekerja pun aku masih mampu nak sara hidup aku sendiri !!!!  bukan nya aku belagak atau bongkak tapi suami lebih kenal aku luar dalam.. tu la pasal biar beribu-ribu halangan demi untuk kami bersatu pun dia tak gentar...Huhu bagi aku daripada aku berfikir2 yang bukan-bukan yang boleh menjejaskan kolagen dan vitamin c aku , tak pasal-pasal nanti apa yang aku dapat keriput 3 layer jer baik aku buat NOTHING buat Dek.. biarlah orang2 nak cakap aku tiada perasaan janji aku hidup aman damai dan bahagia dengan insan-insan yang aku sayangi selagi nyawa masih dikandung badan.

SEKIAN dan TERIMA KASIH!!

P/S"kamu tak payah nak cari yang kaya. kamu sendiri yang kena jadi kaya" hehe kata2nya ni bha...apapun jodoh adalah ketentuan Allah ^_^"