3 Aug 2011

Kenduri Sana Sini,..

As'salam,
Masa sememangnya mencemburui aku sepanjang minggu ini.,..kiranya minggu yang paling busy, aku terkejar kesana kemari bergotong royong membantu jiran taulan, kawan2 dan sanak saudara yang membuat kenduri selamat sempena menyambut bulan ramadhan.(syukur semua bjln lancar)

Kawan, Aku Sehebat Chef Wan,...
Lima hari sebelum umat islam berpuasa,.. giliran aku pula yang buat kenduri.. seawal jam9 pagi lagi rumah aku dah meriah dengan kehadiran makcik2 dan handai taulan yang datang membantu aku untuk menyiapkan lauk pauk yang akan dihidangkan malam itu., seingat aku ada 6,7 jenis jugalah lauk pauk. Huhu tak sangka terror juga kawan aku sorang ni bab2 memasak {Harlynna Jufri} Ayam masak kicap campur cendawan masak ala-ala chinese style, sekali rasa memang terangkat punyalah. H'aaa bukan nak membodek tau,..!! tapi jujur airtangan dia bakal melembutkan hati suami, Dear Lynna tengkiu so much (sedap sggu ko masak).


Tetamu VIP,..
Sebelum kenduri bermula, wajiblah seperti biasanya keluarga dari belah hubby mesti hadirkan diri, bapa mentua, mak mentua , adik2 ipar juga anak buah datang menggamatkan lagi suasana.. al-hamdullilah dengan secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sudah sedia terjalin. Baiknya mak mentua aku kan, sempat lagi dia sedia masakkan sejenis lauk, "Pajeri Nenas" sebelum datang rumah. kasen2 aku, Jiran2 perumahan, kawan2 aku, juga staf2 hubby tak ketinggalan.,ada juga tetamu VIP yang sudi datang ke rumah malam itu, Pak Asrarudin Duta Consulat Indonesia ditawau.
Kesopanan harus dijaga,haha (Candid)

Miakakaka suka nyer dia, apa kena dgn ko ni makcik ??

Penderaan Terlampau,..
Majlis penutupan kenduri selamat malam itu disudahkan dengan mendera jari jemari halus sahabat3x aku dengan menghabiskan semua pinggan mangkuk yang berbesin2 banyaknya,...hahaha !!~
Hehe, sian krng ya lawa3x mcm ni pun, cuci pirang jg jwpnya !!!